Kembali ke senarai
Pakej Eropah
Italy
Balkan
Pakej Balkan Kembara Sufi direka untuk mereka yang ingin menjelajah Eropah dengan suasana yang lebih tenang dan bermakna. Kembara ini membawa peserta merentasi negara-negara Balkan yang sarat dengan warisan Islam, seni bina bersejarah dan keindahan alam yang mendamaikan. Dengan susunan perjalanan yang tidak tergesa-gesa serta pengisian rohani yang ringkas, setiap destinasi menjadi ruang untuk berehat, berfikir dan menghargai perjalanan hidup sambil menikmati pengalaman travel yang berbeza daripada biasa.
Ringkasan
Mengenai Pakej
- Penerbangan pergi & balik
- Bagasi 23kg-30kg
- Penginapan di Hotel
- Bayaran masuk mengikut itinerary
- Pengangkutan Exclusive peribadi
- Makanan Halal (B & D)
- Penjagaan waktu solat
- Tour guide yang berpengalaman
Pakej Balkan Kembara Sufi direka untuk mereka yang ingin menjelajah Eropah dengan suasana yang lebih tenang dan bermakna. Kembara ini membawa peserta merentasi negara-negara Balkan yang sarat dengan warisan Islam, seni bina bersejarah dan keindahan alam yang mendamaikan. Dengan susunan perjalanan yang tidak tergesa-gesa serta pengisian rohani yang ringkas, setiap destinasi menjadi ruang untuk berehat, berfikir dan menghargai perjalanan hidup sambil menikmati pengalaman travel yang berbeza daripada biasa.
Aturcara
Aturcara Perjalanan
Hari 1 HARI 1
Berkumpul di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA 1) & Terbang ke Milan, Italy
Hari 2 HARI 2
Tiba di Milano Airport, disambut oleh tour guide tempatan dan perjalanan diteruskan
dengan panorama city tour Milan. Berjalan di Sforza Castle ke Duomo Cathedral. Membeli
belah di Milano Galleria Vittorio Emanuele. Bertolak dan bermalam di Venice.
Hari 3 HARI 3
Sarapan pagi dan lawatan diteruskan ke Venice. Menaiki bot peribadi ke San Marco
Square. Peserta berpeluang menaiki gondola menyusuri terusan Venice. Kembali ke darat
dan perjalanan diteruskan ke Zagreb, Croatia. Lawatan diteruskan city tour Zagreb.
Bermalam di Zagreb.
Hari 4 HARI 4
Sarapan pagi dan lawatan diteruskan ke Taman Negara. Bertolak ke Bihac untuk
bermalam.
Pilihan 1: Ke Plitvice Lakes National Park (130km) di Croatia, sebuah Tapak Warisan Dunia
UNESCO yang terkenal dengan lebih daripada 1,000 tasik berair jernih dan sistem air terjun
yang menakjubkan, menjadikannya destinasi popular bagi pencinta alam.
Pilihan 2: Ke Una National Park di Bosnia, di mana pengunjung dapat menikmati Sungai
Una yang terkenal dengan air biru jernih, pemandangan menakjubkan, serta air terjun
seperti Štrbački Buk dan hutan yang kaya dengan flora dan fauna, menjadikannya
tempat ideal untuk peminat alam dan fotografi.
Note: Sila rujuk kepada aktiviti tambahan. Kita akan mengunjungi salah satu taman
negara, iaitu Plitvice Lakes National Park atau Una National Park.
Hari 5 HARI 5
Sarapan pagi dan lawatan diteruskan ke Jajce, Bosnia and Herzegovina dan melawat
Watermills of Jajce - gugusan pondok kayu kecil ini pernah mengisar gandum petani
tempatan menjadi tepung semasa zaman Empayar Austro-Hungary. Perjalanan
diteruskan ke Travnik untuk panorama city tour. Melawat Sulejmanija Mosque -
terselamat daripada pemusnahan seni bina dan budaya yang dilakukan terhadap
masjid dan mercu tanda Bosnia semasa Perang Kemerdekaan Bosnia. Tiba di Sarajevo
dan bermalam.
Hari 6 HARI 6
Sarapan pagi dan city tour di Sarajevo. Lawatan diteruskan ke Mostar dan berhenti di
Jablanica - bandar kecil yang terkenal dengan pemandangan sungai Neretva. Tiba di
Mostar dan city tour – melawat Old Bridge (UNESCO). Bertolak ke Trebinje/Neum, Bosnia
and Herzegovina dan bermalam.
Hari 7 HARI 7
Sarapan pagi dan lawatan diteruskan ke Dubrovnik, Croatia(UNESCO). Perjalanan dengan
panorama gunung Dubrovnik dan melawat Old Town. Bertolak ke Kotor, Montenegro
(UNESCO). City Tour Kotor dan membeli belah. Bertolak ke Shkoder, Albania dan
bermalam.
Hari 8 HARI 8
Sarapan pagi dan bertolak ke Tirana - melawat bunker tulen dari zaman Komunis. Masa
lapang untuk peserta bersiar-siar dan membeli belah. Bertolak ke Tasik Ohrid, Macedonia
(Photo Stop). Lawatan diteruskan city tour Ohrid. Bermalam di Ohrid/Struga, Macedonia.
Hari 9 HARI 9
Sarapan pagi dan bertolak ke Skopje – city tour dan solat di kawasan komuniti muslim
Skopje yang terdapat beberapa masjid dan halal restoran. Bertolak ke Sofia, Bulgaria dan
bermalam.
Hari 10 HARI 10
Sarapan pagi dan lawatan diteruskan city tour Sofia. Melawat Masjid Banya Bashi dan
tapak penggalian warisan Rom di tengah bandar. Masa terluang untuk membeli belah
dan bertolak ke Istanbul, Turki. Tiba di hotel dan bermalam.
Hari 11 HARI 11
Sarapan pagi dan lawatan diteruskan panorama city tour & photo stop Istanbul, Hagia
Sophia- salah satu keajaiban seni bina yang paling hebat, Blue Mosque- juga dikenali
dengan nama rasminya Masjid Sultan Ahmed ialah sebuah masjid empayar bersejarah
era Uthmaniyyah. Bertolak ke Grand Bazaar untuk membeli belah barangan cenderahati
dan manisan tempatan Turkish. Kembali ke Hotel dan bermalam.
Nota: Peserta dibenarkan masuk ke dalam Hagia Sophia untuk lawatan jika ada masa
terluang, dengan anggaran bayaran sebanyak 25 Euro (Rujuk kepada TL & TG).
Hari 12 HARI 12
Sarapan pagi dan masa terluang untuk berehat dihotel atau bersiar-siar di bandar
Istanbul. Daftar keluar hotel dan bertolak ke Airport Istanbul untuk penerbangan pulang
Hari 13 HARI 13
Tiba di KLIA, Malaysia
Lampiran
Lampiran & Dokumen
Terma
Terma & Syarat
Maklumat lanjut sila layari : https://kembarasufi.com/terma/
Mulai dari
RM 8,899