Kembali ke senarai
Pakej Asia Barat
Azerbaijan
Caucasus
Pakej Caucasus Kembara Sufi membawa anda menyusuri destinasi unik di persimpangan Asia dan Eropah, merentasi landskap pergunungan yang memukau serta bandar-bandar bersejarah yang kaya dengan budaya dan warisan. Perjalanan ini disusun dengan rentak santai, memberi ruang untuk menikmati keindahan alam, mengenali sejarah tempatan dan mendalami ketenangan jiwa melalui pengisian rohani yang ringkas dan bermakna. Ia sesuai untuk mereka yang ingin merasai pengalaman kembara berbeza, sambil mencari keseimbangan antara pengembaraan.
Ringkasan
Mengenai Pakej
- Penerbangan pergi & balik
- Bagasi 23kg-30kg
- Penginapan di Hotel
- Bayaran masuk mengikut itinerary
- Pengangkutan Exclusive peribadi
- Makanan Halal (B & D)
- Penjagaan waktu solat
- Tour Golde yang berpengalaman
Pakej Caucasus Kembara Sufi membawa anda menyusuri destinasi unik di persimpangan Asia dan Eropah, merentasi landskap pergunungan yang memukau serta bandar-bandar bersejarah yang kaya dengan budaya dan warisan. Perjalanan ini disusun dengan rentak santai, memberi ruang untuk menikmati keindahan alam, mengenali sejarah tempatan dan mendalami ketenangan jiwa melalui pengisian rohani yang ringkas dan bermakna. Ia sesuai untuk mereka yang ingin merasai pengalaman kembara berbeza, sambil mencari keseimbangan antara pengembaraan.
Aturcara
Aturcara Perjalanan
Hari 1 HARI 1
Berkumpul di Lapangan Terbang KLIA 1 untuk taklimat dan berlepas ke Azerbaijan
Lapangan Terbang Heydar Aliyev (Baku). Transit di Sharjah, UAE.
Hari 2 HARI 2
Tiba di Azerbaijan Lapangan Terbang Heydar Aliyev (Baku) dan disambut oleh wakil
Kembara Sufi. Peserta dibawa ke tempat lawatan sekitar dan menuju ke hotel. Bermalam
di Baku.
Hari 3 HARI 3
Sarapan pagi dan Mulakan lawatan di Icheri Sheher (The old part of the city). Peserta
dibawa melihat Maiden’s Tower, Shirvansah Palace, Caravanserai dan Dataran Pasar
dengan pelbagai studio seni dan kedai cenderahati. Lawatan seterusnya pergi ke Martyrs’
Lane yang di gelar Shehidler Khiyabany dan akan melihat pemandangan yang cantik di
sekitar Baku Coastline. Kemudian lawatan diteruskan melihat senibina pada abad 19 – 20
tahun: Nizami Street, Fountain Square, Nizami Ganjavi monument & Jalan Rasul Zade.
Seterusnya kita akan melawat ke pusat The Iconis Heydar Aliyev. Singgah membeli belah.
Bermalam di Baku.
Hari 4 HARI 4
Sarapan pagi dan Lawatan dimulakan dengan pergi ke Ateshgah Fire Temple, Yarnadagh,
Gobustan National Park, Mud Volcanoes dan melawat Yanar Dag iaitu gambaran api
yang menakjubkan secara visual di bukit beribu-ribu tahun. Seterusnya melawat Icheri
Sheher iaitu Bandaraya yang lama termasuk Shirvanshahs Palace, Maiden’s Tower,
Medieval Fortress dan Market Square. Melawat The Flame Tower setinggi 182 m (597 ft)
untuk melihat keindahan permandangan bandaraya dan laut Caspian. Bermalam di
Baku
Hari 5 HARI 5
Menuju ke Shamakha dari Baku untuk melawat Diri baba Mausoleum dan Masjid Juma.
Kemudian peserta dibawa ke Tasik Nohour untuk melihat keindahan gunung (Bergantung
keadaan cuaca disana). SHEKI – Melawat Istana Sheki Khans yang pernah menjadi
kediaman pemerintahan Sheki Khans pada abad ke-18. Istana yang terkenal dengan
fresco yang cantik, ukiran yang halus dan pintu kaca yang mengambarkan senibina
traditional. Lawatan seterusnya ke Sheki Carvansarai. Melawat Albanian church yang
terletak di Kampung Picturesque dan menawarkan pemandangan yang menakjubkan di
kawasan sekitar. Tiba di Lahidj dan melawat sekitar kampung purba Lahidj yang melalui
Sungai Girdimanchay Canyon. Bermalam di Sheki.
Hari 6 HARI 6
Melalui sempadan Azerbaijan – Georgian. Melawat bandar Sighnaghi iaitu Kota Cinta dan
juga salah satu perhentian ke jalan raya kuno. Melawat bandar Georgia yang terletak di
bahagian timur Kakheti dan dikenali juga Kota Cinta. Bertolak dan bermalam di Tiblisi
Hari 7 HARI 7
Melawat dan melihat pemandangan Jinvari Water reserve di Ananuri Fotress yang
melalui Aragvi Black dan white river. Lawatan diteruskan ke Kubu Ananuri pada abad XIVXVII melalui Aragvi Gorge dan resort Ski di Gadauri yang memiliki ketinggian 2395m di
atas aras laut dan menikmati pemandangan gunung yang menakjubkan. Bergerak ke
Dariali Gorge untuk menikmati keindahan air terjun dan melihat The Wall of Gog dan
Magog (Tembok Yakjūj dan Makjūj). Bertolak balik dan bermalam di Tiblisi.
Hari 8 HARI 8
Melalui sempadan Georgian - Armenian. Lawatan diteruskan dengan melawat Tasik
Sevan, Mutiara Armenia yang di anggap sebagai Tasik Air Tawar terbesar dan dipanggil
laut Geghama. Tasik Sevan adalah sebahagian dari Taman Negara dan sejarah
monumen di wilayah. Lawatan diteruskan ke komples Monastic yang terletak di
semenanjung . Bermalam di Yerevan. NOTA: Peserta hanya perlu bawa turun beg untuk
scan dan naik bus yang sama. (Turun bus – drop bag & scan to pass the border – pick up
bag – naik bus di Armenian)
Hari 9 HARI 9
Lawatan diteruskan ke Temple Garni dan Pagan Temple iaitu satu-satunya senibina di
Pagan Armenia yang dibina pada tahun 76 sm oleh Romans. Daripada Temple Garni
dapat dilihat Garni Gorge, The Symphony of Stones. Garni Gorge mengandungi keajaiban
alam yang sangat unik yang dirujuk sebagai Simfoni Batu atau Organ Basalt juga dilihat
seperti sejenis peralatan musik. Lajur basaltnya mempunyai bentuk yang panjang dan
tidak simetri seolah-olah ia dilukis teliti dengan tangan. Lawatan ke Geghard Monestry
yang merupakan tapak Warisan Dunia UNESCO. Terletak berhampiran dengan Temple
Garni dan strukturnya mungkin merupakan salah satu seni bina yang paling unik di dunia
kerana dibina di dalam batuan gunung dan disebelahnya mengalir air Sungai Azat dan
disekitar terdapat alam semula jadi yang menakjubkan, jambatan lama, dan beberapa
gua, menjadikan seluruh kawasan sekitar Geghard Monestry sangat indah. Kembali ke
hotel dan bermalam di Yerevan.
Hari 10 HARI 10
Lawatan diteruskan di sekitar Yerevan. Yerevan merupakan bandar terbesar dan moden
di Armenia yang mempunyai sejarah yang bermula pada 782 sm. Seterusnya ke
bandaraya Yerevan, Mashtots Avenue, Theatre square, The French Square, The City Hall,
The Presidential dan The Parliament. Salah satu tarikan utama di Yerevan adalah The
Cascade iaitu kompleks rekaan artistic tangga, patung, air pancut dan taman bunga dan
ditengahnya terdapat monument Tamanyan yang merupakan arkitek hebat Armenia,
Alexander Tamanian. Seterusnya lawatan ke kompleks memorial Tsitsernakaberd
mengenang mangsa Genocide pada tahun 1915. Selesai lawatan dan bertolak ke
Lapangan Terbang Yerevan untuk pulang ke Malaysia (mengikut jadual penerbangan)
Hari 11 HARI 11
Transit penerbangan di Sharjah, UAE. Tiba Di Malaysia dan Tamat Lawatan
Lampiran
Lampiran & Dokumen
Terma
Terma & Syarat
Maklumat lanjut sila layari : https://kembarasufi.com/terma/
Mulai dari
RM 8,999