Ke kandungan utama
Kembali ke senarai
Pakej Asia Timur Kazakhstan

Central Asia 3 Negara

Pakej **Central Asia 3 Negara Kembara Sufi** membawa anda meneroka keunikan **Uzbekistan, Kazakhstan dan Kyrgyzstan** dalam satu perjalanan yang menggabungkan sejarah Islam, budaya masyarakat tempatan dan keindahan alam semula jadi. Perjalanan merangkumi destinasi seperti **Tashkent, Almaty, Bishkek, Karakol, Altyn Arashan, Jety Oguz, Bokonbayevo dan Song Kol**, termasuk lawatan ke **Khast Imam Complex, Abu Bakar Kaffal Shahshi Mausoleum, Madrasah Barak Khan, Menara Burana dan Masjid Dungan**. Peserta turut berpeluang menikmati pengalaman unik seperti **mandian air panas Altyn Arashan, demonstrasi Eagle Hunting, penginapan di yurt, aktiviti Nomad Games dan menunggang kuda di Song Kol**. Pakej ini sesuai untuk mereka yang mencari perjalanan penuh penghayatan, budaya, sejarah Islam serta panorama alam Central Asia yang memukau dan berbeza daripada destinasi biasa.

Ringkasan

Mengenai Pakej

  • Tiket penerbangan antarabangsa
  • Bagasi 20 KG pergi - balik seorang
  • Makanan seperti di dalam jadual perjalanan
  • TIket tempat lawatan (seperti yang dinyatakan
  • Pengangkutan (Sepanjang trip)
  • Penginapan (Bertaraf 3 Bintang & setaraf)
  • Pemandu pelancong
Pakej **Central Asia 3 Negara Kembara Sufi** membawa anda meneroka keunikan **Uzbekistan, Kazakhstan dan Kyrgyzstan** dalam satu perjalanan yang menggabungkan sejarah Islam, budaya masyarakat tempatan dan keindahan alam semula jadi. Perjalanan merangkumi destinasi seperti **Tashkent, Almaty, Bishkek, Karakol, Altyn Arashan, Jety Oguz, Bokonbayevo dan Song Kol**, termasuk lawatan ke **Khast Imam Complex, Abu Bakar Kaffal Shahshi Mausoleum, Madrasah Barak Khan, Menara Burana dan Masjid Dungan**. Peserta turut berpeluang menikmati pengalaman unik seperti **mandian air panas Altyn Arashan, demonstrasi Eagle Hunting, penginapan di yurt, aktiviti Nomad Games dan menunggang kuda di Song Kol**. Pakej ini sesuai untuk mereka yang mencari perjalanan penuh penghayatan, budaya, sejarah Islam serta panorama alam Central Asia yang memukau dan berbeza daripada destinasi biasa.

Aturcara

Aturcara Perjalanan

Hari 1 HARI 1 : MALAYSIA - UZBEKISTAN
Berkumpul di KLIA1 dan berlepas ke TASHKENT
Hari 2 HARI 2: TASHKENT
Ketibaan di Tashkent & dinner di Restoran Nur. Bermalam di Hotel berdakatan Tashkent.
Hari 3 HARI 3: TASHKENT
Sarapan disediakan. Memulakan Lawatan di sekitar Bandar. Iaitu di Khast Imam Complex, Abu Bakar Kaffal Shahshi Mausoleum.Ia merupakan tempat penyimpanan Salinan Al quran Asal yang dikumpul dari Lembaran Al - quran dan dijadikan Nas (dibukukan) sewaktu zaman Uthman Bin Affan yang diketuai oleh Zaid Bin Thabit. Melawat Madrasah Barak Khan yang merupakan Seni bina di abad 16. Solat di Masjid Minor dan Makan Tengahari di Chorsu Baazar. Makanan Malam (waktu petang) di Bandar Magic.
Hari 4 HARI 4: TASHKENT- ALMATY
Sarapan pagi dan check out. Menuju ke Lapangan Terbang ke ALMATY (KAZAKHSTAN). Makan Tengahari di Repulic Square, Square. Check in di hotel berdekatan,.
Hari 5 HARI 6: ALMATY - BISHKEK
Hari 6 HARI 6: ALMATY - BISHKEK
Sarapan pagi dan Check out Hotel. Menaiki kenderaan ke Bishkek. Menikmati pemandangan sewaktu dalam perjalanan. Singgah makan Tengahari di Restoran dalam waktu perjalan. Check in Hotel di dalam kawasan BISHKEK, Kyrgyzstan.
Hari 7 HARI 7: ALMATY - BISHKEK - BURANA -CHOLPON ATA - KARAKOL
Sarapan pagi dan Check out Hotel. Menaiki kenderaan ke Karakol daerah Issyk. Menuju ke Menara Burana & Menikmati Pemandangan indah di atas Menara. Makan Tengahari. Meneruskan perjalanan menuju ke EQUASTRIAN HIPODDROME merupakan sukan kuda yang terkenal di Kyrgystan. Setibanya dia Karakol Check in Hotel dan makan malam. (Kepada yang ingin membasuh pakaian adalah dengan perbelanjaan sendiri.)
Hari 8 HARI 8: KARAKOL - ALTYN ARASHAN
Sarapan pagi dan check out. Berbelanja di Pasar Mini dan menuju ke ALTYN ARASHAN ALTYN ARASHAN paling Dikenali sebagai Golden Spa. Kolam air panas yang terletak pada ketinggian 2500m dari daratan. Sewaktu Soviet Union bertempat di sini. Mereka Membangunkan Resort Kecil dengan beberapa Rumah Penginapan untuk pelancongan yang datang. Ia terletak di Tebing Gunung di Sungai Pergunungan Arashan. Air Panas di Arashan diperkayai dengan Radon dan Hydrogen Sulfide & suhu yang boleh mencapai sehingga 50°C. Mandian Air panas tersebut dapat merawat penyakit musculoskeletal, Gementar, Endokrin dan Sistem Kardiovaskular. Free & easy, Makan tengahari dan Malam disediakan.
Hari 9 HARI 9: ALTYN ARASHAN - KARAKOL CITY TOUR
Sarapan pagi dan check out. Menuju kembali ke Bandar Karakol. Lawatan di sekitar bandar dan melawat Masjid Dungan yang terkenal senibina tanpa menggunakan paku dan Gereja yang telah wujud sejak 18 Abad. Makan Malam disediakan dan berehat di Hotel sekitar Karakol
Hari 10 HARI 10: KARAKOL - JETY OGUZ - BARSKOON - BOKONBAYEVO
Sarapan pagi dan check out. Menuju ke JETI OGUZ GORGE (SEVEN BULLS). Jeti Oguz dinamakan Seven Bull selepas batu merah api yang membentuk seekor seladang. Melewati Lembah Barskoon. Sambik menuju ke Ngarai Skazka (Fairytale Canyon) yang indah hasil terbentuk dari hakisan angin yang kuat makanan tengahari disediakan sama ada di Restoran ataupun Pek Makanan yang sudah dibungkus. Bermalam di Homestay Beltam Yurt, Bokonbayevo dan makan malam khas.
Hari 11 HARI 11: BOKONBAYEVO - KOCHKOR
Sarapan pagi. Melakukan demonstrasi Eagle Hunting. Eagle Hunting merupakan tradisi Masyarakat Kyrgyzstan iaitu menggunakan Helang Emas untuk Memburu haiwan seperti arnab dan sebagainya. Bermalam di Guest House Beltam Yurt, Bokonbayevo dan makan malam khas.
Hari 12 HARI 12 : KOCHKOR - SONG KOL
Sarapan pagi dan menuju ke Song Kol. Makan Tengahari disediakan, Free & Easy Aktiviti. Makam Malam dan menikmati keindahan ciptaan Allah.
Hari 13 HARI 13 : SONG KOL
Selepas sarapan pagi anda mempunya masa terluang untuk menikmati keindahan alam. Kita akan meluangkan masa membuat aktivit seperti Games Nomad dan Menunggang kuda.
Hari 14 HARI 14 : SONG KOL - KOCHKOR - BISHKEK
sarapan pagi di Hotel dan berpindah ke Bishkek. Check in di Hotel. Makan Tengah hari & Malam disediakan.
Hari 15 HARI 15 : BISHKEK - MALAYSIA
Sarapan pagi dan check out dan pastikan tiada barang tertinggal di bilik kerana terus bergerak menuju ke Lapangan Terbang di Bishkek & pulang ke Malaysia.

Lampiran

Lampiran & Dokumen

Terma

Terma & Syarat

Maklumat lanjut sila layari : https://kembarasufi.com/terma/