Ringkasan
Mengenai Pakej
- Pemandu pelancong
- Tiket penerbangan pergi & balik
- Bagasi 20 kg pergi & balik
- Pengangkutan
- Hotel penginapan 3 bintang/setaraf
- Makanan halal seperti dalam jadual
- Tiket masuk ke tempat lawatan
4HARI 3MALAM
BANA HILLS - HO IAN
Aturcara
Aturcara Perjalanan
Hari 1 DAY 1: KLIA - DANANG (DINNER)
Tiba di lapangan terbang Danang(DAD), peserta akan disambut Oleh tour guide dan dibawa ke
Danang Central. Check-in hotel dan solat. Selesai, tour guide akan membawa peserta melawat
sekitar mercu tanda di bandar Danang seperti Han River, Love Bridge & Dragon Bridge. Sangat
sesuai untuk bergambar mengabadikan kenangan di Sini. Makan malam di restoran halal. Pulang
ke hotel.
Makan : Makan malam di restoran halal
Jarak : Jarak Lapangan Terbang Danang
Danang Central: 7 Km Bersamaan 15 Minit
Hari 2 DAY 2: DANANG - HOI AN ANCIENT TOWN (BREAKFAST/LUNCH/DINNER)
Sarapan. Selepas itu, peserta akan dibawa ke Han Market, yang merupakan salah satu pasar
tradisional tarikan pelancong dengan pelbagai jualan, kedai makan yang sentiasa sibuk dengan
pelanggan, buah-buahan, kasut, beg, pakaian dan sebagainya. Seterusnya, membeli belah di
Green Coconut Supermarket yang menjual produk-produk berasaskan buluh dan pokok kelapa.
pulang ke hotel untuk solat dan makan tengahari di restoran halal.
pada sebelah petang pula, peserta akan melawat Cam Thanh Palm Creek Forest di Hoi An. Di
Sini, peserta akan menonton pelbagai persembahan selain berpeluang menyertai
pertandingan'basket boats',
•boat racing 'dan persembahan fleksibiliti & keseimbangan Oleh
penduduk setempat. Setelah itu, melawat Bandar Purba Hoi An, juga dikenali sebagai Tapak
Warisan Budaya Dunia UNESCO dan rumah lama Tan Ky, Japanese Covered Temple Bridge,
dewan perhimpunan 'Hok Kien', bengkel kraftangan tradisional serta bandar purba yang
berwarna-warni dan penuh keunikan di Hoi An. Makan malam di restoran halal dan pulang ke
hotel di Danang.
Makan : Sarapan, Makan tengahari, Makan malam di restoran halal
Jarak : Jarak Danang Central — Hoi An: 25 Km Bersamaan 30 Minit
Hari 3 DAY 3: DANANG - BANA HILLS (BREAKFAST/DINNER)
Selepas sarapan, peserta akan bertolak ke Ba Na Hills dengan menaiki kereta kabel. Sepanjang
perjalanan, peserta dapat menikmati pemandangan Alpine Coaster —
kawasan pergunungan
yang sangat cantik. Melawat Fantasy Park - suatu taman permainan hiburan indoor yang
menyediakan pelbagai jenis permainan dan hiburan sesuai untuk semua lapisan umur. Solat
jamak dan makan tengahari di Restoran Halal Bharata' di Ba Na Hills (ada disediakan surau).
Kemudian, peserta akan melawat taman bunga iaitu Le Jardin D' Amour —taman bunga yang
direka dengan pelbagai bunga, menimbulkan suasana damai dan romantis dikelilingi Oleh alam
semula jadi yang indah. Bersiar-siar sekitar jalan lama iaitu di French Village, Moon Castle,
Eclipse Square dan Helios Waterfall untuk merasai suasana Eropah sambil menikmati
pemandangan dari Golden Bridge. Lewat petang, barulah bergerak pulang ke hotel di Danang.
Makan : Sarapan, Makan malam di restoran halal
*Notes : Makan tengahari di pergunungan Bana Hills, tambahan RM40.
Kita recommend tuan/puan untuk ambil buffet Halal tengahari diatas
pergunungan yang sangat cantik dengan hidangan yang pelbagai.
Harga asal adalah RM120 dan anda perlu membayar sebanyak RM40 sahaja sebagai
harga promosi lunch buffet diatas pergunungan.
Jarak : Jarak Danang Central — Ba Na Hills : 25 Km Bersamaan 30 Minit
Hari 4 DAY 4: DANANG DEPARTURE (BREAKFAST)
Sarapan. Aktiviti bebas sebelum bergerak ke Airport Danang. perlepasan pulang ke Malaysia.
Makan : Sarapan di restoran halal
Jarak : Jarak Danang Central — Lapangan Terbang Danang : 7 Km Bersamaan 15 Minit
Terma
Terma & Syarat
Maklumat lanjut sila layari : https://kembarasufi.com/terma/
Mulai dari
RM 2,499