Kembali ke senarai
Pakej Asia
Vietnam
Hanoi-Sapa-Halong
Pakej Vietnam Hanoi Kembara Sufi membawa anda meneroka pesona ibu kota Vietnam yang kaya dengan sejarah, seni bina kolonial, dan budaya tempatan yang unik. Peserta akan menikmati lawatan ke kawasan bersejarah, pasar tradisional, dan lokasi ikonik sekitar Hanoi sambil mengenali kehidupan komuniti Muslim setempat. Digabungkan dengan pengalaman kulinari, aktiviti santai, dan suasana bandar yang penuh karakter, pakej ini sesuai untuk mereka yang ingin merasai pengembaraan budaya yang berbeza dan bermakna di Vietnam.
Ringkasan
Mengenai Pakej
- Tiket penerbangan termasuk bagasi 20kg, pergi dan balik
- Hotel, makanan sebgaiamna dalam itinerari
- Pengangkutan (sepanjang trip)
- Pemandu pelancong
- Tiket tempat lawatan dan tiket menaiki cruise di Halong Bay
Pakej Vietnam Hanoi Kembara Sufi membawa anda meneroka pesona ibu kota Vietnam yang kaya dengan sejarah, seni bina kolonial, dan budaya tempatan yang unik. Peserta akan menikmati lawatan ke kawasan bersejarah, pasar tradisional, dan lokasi ikonik sekitar Hanoi sambil mengenali kehidupan komuniti Muslim setempat. Digabungkan dengan pengalaman kulinari, aktiviti santai, dan suasana bandar yang penuh karakter, pakej ini sesuai untuk mereka yang ingin merasai pengembaraan budaya yang berbeza dan bermakna di Vietnam.
Aturcara
Aturcara Perjalanan
Hari 1 HARI 1 - HANOI - SAPA ( Dinner)
Tiba sahaja di Lapangan Terbang Noi Bai, tour guide akan menyambut dan membawa para peserta ke Sapa. Peserta akan dibawa menggunakan highway ke bandar Lao Cai, iaitu
laluan highway pergunungan yang sangat cantik.
Berhenti sebentar untuk rehat dan makan
tengahari. Kemudian barulah sampai di bandar Sapa yang disambut dengan pelbagai kostum pakaian tradisional penduduk setempat suku H’Mong, Dzao, Tay dan sebagainya. Menikmati makan malam di Restoran Halal. Check-in hotel.
Overnight in Sapa.
Meal Lunch(sendiri), Dinner
Distance Noi Bai International Airport – Sapa:
260km => 4.5 hours transfer
Hari 2 HARI 2 - EXPLORING SAPA – BAN CAT CAT, TA VAN VILLAGE – FANSIPAN (B/L/D)
Bersarapan di hotel/restoran. Peserta akan dibawa untuk menelusuri kampung Cat Cat(Cat Cat Village) yang diduduki oleh suku Black H’mong. Anda akan mempelajari gaya hidup suku tersebut sambil menikmati pemandangan indah sawah padi yang ditanam secara bertingkat dan air terjun, selain turut menerokai kampung Ta Van
(atau dikenali Kampung Ta Phin). Kebanyakannya
di sini terdapat suku kaum Giay, Dzao, H,mong dan beberapa lagi kumpulan etnik lain
Kumpulan etnik ini mempunyai cara hidup yang stabil, memilih tanah pamah di lembah berhampiran sungai untuk menanam padi basah manakala kaum H'mong lebih suka menanam padi di kawasan altitud tinggi (tanam jagung, ubi
kayu dan padi). Berhadapan Ta Van ialah sungai Muong Hoa yang jernih, di belakang pula adalah banjaran gunung Hoang Lien Son.
Makan tengahari. Pada sebelah petang pula, anda
akan melawat:
• Stesen Kabel Fansipan – suatu perjalanan yang menakjubkan untuk sampai ke Bumbung Indochina, 3143m di atas paras laut. Bermula dengan kereta kabel seterusnya melangkah ke puncak, menikmati udara segar dan landskap
yang indah dari atas puncak.
Makan malam, setelah itu anda diberi *kebebasan
untuk menelusuri bandar Sapa pada waktu
malam.
Overnight in Sapa.
Meal
Breakfast
Lunch
Dinner
Hari 3 HARI 3 – SAPA - HANOI (B/L/D)
Sarapan. Bertolak dari Sapa untuk ke Hanoi. Tiba di Hanoi dan makan tengah hari terlebih dahulu sebelum melawat Dataran Ba Dinh yang terletak di hadapan Makam Ho Chi Minh yang terkenal.
Dataran Ba Dinh adalah salah satu tapak
peninggalan bersejarah yang popular dalam semua jadual perjalanan Hanoi City Tour. Ia adalah tempat untuk mengenali banyak mercu tanda penting dalam sejarah Vietnam, terutamanya pada 2 September 1945, Presiden Kerajaan Revolusi Sementara Republik Demokratik Vietnam Ho Chi Minh membaca Pengisytiharan Kemerdekaan
yang melahirkan Republik Demokratik Rakyat Vietnam. Seterusnya, peserta akan melawat Masjid Al Noor. Makan malam di restoran halal dan check-in hotel.
*Terokai Hanoi pada waktu malam dan ikuti
lawatan ke Old Quarter Hanoi (perbelanjaan
peribadi)*
Overnight in Hanoi.
Meal Breakfast
Lunch
Dinner
Distance Sapa- Hanoi : 260km => 4.5 hours transfer
Hari 4 HARI 4 – HANOI – HALONG BAY- HANOI (B/L/D)
Sarapan. Bergerak ke Halong. Sampai di Halong, peserta akan makan tengahari di restoran halal sebelum bergerak ke pelabuhan Halong untuk membuat aktiviti belayar, menyusuri pulau-pulau terindah di teluk Halong seperti Gua Thein Chung(Heaven Cave), Incense burner Islet dan Fighting cock Islet. Kembali ke pelabuhan Halong.
Pulang ke Hanoi. Makan malam di restoran halal.
Overnight in Hanoi
Meal Breakfast
Lunch
Dinner
Distance Hanoi - Halong: 170km => 3 hours transfer
Hari 5 HARI 5: HANOI - NOI BAI AIRPORT (B)
Sarapan. Aktiviti bebas sebelum bergerak pulang.Hari free and easy. Check-out hotel dan bergerak ke airport untuk pulang ke Malaysia.
Ends of our service!
Meal Breakfast
Distance Hanoi Central - Noi Bai International
Airport: 25km => 45 minutes transfer
Lampiran
Lampiran & Dokumen
Terma
Terma & Syarat
Maklumat lanjut sila layari : https://kembarasufi.com/terma/
Mulai dari
RM 2,999