Ke kandungan utama
Kembali ke senarai
Pakej Asia Malaysia

Houseboat Tasik Kenyir

Pakej **Houseboat Tasik Kenyir Kembara Sufi** membawa anda menikmati percutian santai di tengah keindahan alam Tasik Kenyir, salah satu tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara. Perjalanan merangkumi pengalaman bermalam di houseboat, menikmati panorama tasik, melihat flora dan fauna, melawat **Air Terjun Lasir**, **Gua Bewah** serta **Taman Herba Tasik Kenyir**. Peserta turut berpeluang melakukan aktiviti seperti **memancing, mandi-manda, berkayak, menaiki bot**, di samping solat berjemaah dan tazkirah ringkas. Pakej ini sesuai untuk mereka yang mencari percutian dekat dengan alam, tenang, santai dan penuh pengalaman bersama keluarga atau kumpulan.

Ringkasan

Mengenai Pakej

  • Pemandu pelancong
  • Pengangkutan bas pergi-balik Shah Alam – Terengganu
  • Makan dsediakan seperti dalam jadual
  • Penginapan di houseboat
  • Tiket masuk ke Taman Herba
  • Tempat lawatan seperti aturcara
  • Pengisian rohani & tazkirah
Pakej **Houseboat Tasik Kenyir Kembara Sufi** membawa anda menikmati percutian santai di tengah keindahan alam Tasik Kenyir, salah satu tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara. Perjalanan merangkumi pengalaman bermalam di houseboat, menikmati panorama tasik, melihat flora dan fauna, melawat **Air Terjun Lasir**, **Gua Bewah** serta **Taman Herba Tasik Kenyir**. Peserta turut berpeluang melakukan aktiviti seperti **memancing, mandi-manda, berkayak, menaiki bot**, di samping solat berjemaah dan tazkirah ringkas. Pakej ini sesuai untuk mereka yang mencari percutian dekat dengan alam, tenang, santai dan penuh pengalaman bersama keluarga atau kumpulan.

Aturcara

Aturcara Perjalanan

Hari 1 HARI 1: PENGKALAN GAWI, TASIK KENYIR
BERTOLAK MALAM MENUJU KE PENGKALAN GAWI.
Hari 2 HARI 2: PENGKALAN GAWI, TASIK KENYIR
Solat subuh & tiba di pengkalan gawi, tasik kenyir. Daftar masuk houseboat. Tasik kenyir merupakan tasik buatan manusia yang terbesar di asia tenggara dengan keluasan 260,000 hektar. Ia juga merupakan empangan elektrik-hidro yang dilitupi konkrit terbesar di malaysia. Mulakan aktiviti seperti memancing, menikmati keindahan tasik kenyir yang menakjubkan, melihat flora & fauna serta air terjun lasir yang menyegarkan. Tasik kenyir ialah syurga bagi pengail kerana tasik ini dihuni oleh ratusan spesies ikan air tawar seperti ikan baung, toman, kelisa, lampam dan kelah. Solat berjemaah & tazkirah ringkas. Aktiviti bebas antaranya memancing, mandi manda, berkayak, menaiki bot, melihat keindahan alam. Bermalam di gua bewah (N1)
Hari 3 HARI 3: TASIK KENYIR-KUALA TERENGGANU
Sarapan dan perjalanan diteruskan hari 4 ke taman herba. Taman herba Tasik Kenyir terletak di pulau sah kecil & terdapat lebih daripada 200 jenis pokok herba tradisional di sini. Antaranya ialah Tongkat Ali, Kacip Fatimah, Tongkat Haji Samad, Misai Kucing, Mas Cotek dan lain-lain. Peserta boleh melihat pelbagai jenis tumbuhan herba yang terapeutik dan terkenal dengan fungsinya dalam tujuan perubatan tradisional. Tiba di pengkalan gawi.
Hari 4 HARI 4
Menuju ke jeti dan pulang ke lokasi masing-masing

Lampiran

Lampiran & Dokumen

Terma

Terma & Syarat

Maklumat lanjut sila layari : https://kembarasufi.com/terma/