Ke kandungan utama
Kembali ke senarai
Pakej Eropah Iceland

Iceland

Pakej Iceland Kembara Sufi membawa anda meneroka keajaiban alam semula jadi Iceland yang unik, dramatik dan sukar ditemui di destinasi lain. Perjalanan merangkumi **Reykjavik, Kirkjufell, Golden Circle, Hella, Jökulsárlón dan Reynisfjara**, termasuk pengalaman memburu **Aurora**, menyaksikan **Strokkur Geyser**, Air Terjun **Gullfoss, Seljalandsfoss dan Skógafoss**, serta menikmati keindahan **Diamond Beach dan Glacier Lagoon**. Peserta turut berpeluang menyertai aktiviti **Whale Cruise Hunting**, melawat Sun Voyager dan Harpa serta menunaikan solat di Grand Central Mosque of Reykjavik. Pakej ini menggabungkan pengembaraan alam, pengalaman luar biasa dan keindahan landskap Iceland, sesuai untuk mereka yang mencari perjalanan eksklusif, penuh keterujaan dan kenangan yang sukar dilupakan.

Ringkasan

Mengenai Pakej

  • Penerbangan pergi & balik Bagasi 23kg-30kg.
  • Penginapan Hotel Bayaran masuk mengikut itinerari.
  • Pengangkutan Exclusive peribadi.
  • Makanan halal seperti dalam jadual.
  • Penjagaan waktu solat.
  • Tour Guide yang berpengalaman.
Pakej Iceland Kembara Sufi membawa anda meneroka keajaiban alam semula jadi Iceland yang unik, dramatik dan sukar ditemui di destinasi lain. Perjalanan merangkumi **Reykjavik, Kirkjufell, Golden Circle, Hella, Jökulsárlón dan Reynisfjara**, termasuk pengalaman memburu **Aurora**, menyaksikan **Strokkur Geyser**, Air Terjun **Gullfoss, Seljalandsfoss dan Skógafoss**, serta menikmati keindahan **Diamond Beach dan Glacier Lagoon**. Peserta turut berpeluang menyertai aktiviti **Whale Cruise Hunting**, melawat Sun Voyager dan Harpa serta menunaikan solat di Grand Central Mosque of Reykjavik. Pakej ini menggabungkan pengembaraan alam, pengalaman luar biasa dan keindahan landskap Iceland, sesuai untuk mereka yang mencari perjalanan eksklusif, penuh keterujaan dan kenangan yang sukar dilupakan.

Aturcara

Aturcara Perjalanan

Hari 1 HARI 1 : MALAYSIA -KEFLAVIK
Berkumpul di KLIA dan Memberikan penerangan & tips oleh staff Kembara Sufi sebelum berlepas ke Reyjavik, Iceland.
Hari 2 HARI 2 : KEFLAVIK - REYJAVIK
Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Keflavik, Check in ke Hotel di Ibu Kota Iceland (Reyjavik) & berehat sejenak sebelum memulakan pengembaraan. Memulakan pelancongan ke Auroro mengikut Polar Cahaya sama ada di Utara / selatan mengikut arahan dari penunjuk arah aurora oleh orang tempatan. Photo stop di kawasan Aurora (Bergantung kepada musim / arah perubahan aurorar tidak dijanjikan)
Hari 3 HARI 3 : REYJAVIK - KIRKJUFELL
Dari Reyjavik menuju ke Kirkjufell untuk lawatan seterusnya. Mendaki Gunung Kirkjufell setinggi 463 meter yang berada di utara Iceland. Di utara Iceland merupakan Sempadan SNÆFELLSNES berhampiran bandar GrundarfjöÐur. Ia merupakan kawasan photostop. Selepas mendaki gunung kembali ke hotel dan aktiviti Free & easy.
Hari 4 HARI 4 : REYJAVIK - HELLA
Check out Hotel dan meneroka Golden Circle Road. Melewati Strokkur Geyser di Haudakalur. Kita akan mengisi masa dengan menikmati pemandangan di kawasan ini dan menuju Ke Air Terjun Gulfoss yang terletak di Jurang Sungai Hvita di arah Timur iceland Iaitu Seljalandfloss & bermalam di Hella
Hari 5 HARI 5 : HELLA - JOKULSARLON - KIRKUJUBÆJARKLAUSTUR
Check out Hotel dan menuju ke Skogafoss yang mempunya Air Terjun yang mempunyai pemandagan yang indah. Perjalanan diteruskan dengan menuju ke Jokulsarlon & Diamond Beach yang terbentuk dari bongkah ais. Glacier Lagoon Mengalir melalui larian ke Lautan Atlantik meninggalkan bongkah ais gergasi di atas Black Sand Beach. Waktu musim sejuk pula, Lagoon tersebut diisi dengan ribuan ikan untuk makanan Singa Laut.
Hari 6 HARI 6 : KIRKUJUBÆJARKLAUSTUR - REYJAVIK
Check out Hotel dan menuju ke Reynisfjara Black Sand Beach. Pantai di Reynisfjara merupakan tempat tarikan utama yang terletak di Selatan Iceland yang mempunyai Fishing Village. Solat di Grand Cetral Mosque of Reyjavik. Aktiviti membeli belah dan Aktiviti bebas sehingga malam
Hari 7 HARI 7 : REYJAVIK
Melawat Sun Voyager & Harpa.Membuat persediaan sebelum Whale Cruise Hunting. Ia merupakan aktiviti yang terbaik di Negara Iceland kerana dengan kawasan yang mengagumkan. Kita akan meluangkan aktiviti ini selama 3 jam di atas kapal (Bergantung Cuaca dan keadaan tidak diduga).
Hari 8 HARI 8 : REYJAVIK - MALAYSIA
Check Out Hotel dan pastikan tiada tertinggal barang persendirian dan menuju ke Lapangan terbang untuk pulang ke KLIA.
Hari 9 HARI 9 : MALAYSIA
Tiba di KLIA

Lampiran

Lampiran & Dokumen

Terma

Terma & Syarat

Maklumat lanjut sila layari : https://kembarasufi.com/terma/