Kembali ke senarai
Pakej Asia
Japan
Japan
Pakej Japan: Kembara Sufi menawarkan pengalaman unik menggabungkan pengembaraan spiritual dan penemuan budaya di Jepun, walaupun negara ini bukan tradisi Islam majoriti. Peserta akan menjejak lokasi-lokasi yang berkaitan dengan sejarah kedatangan Islam dan komuniti Muslim di Jepun, sambil mempelajari ajaran sufi melalui bengkel, perbincangan rohani, dan sesi dzikir. Pakej ini turut menekankan pengalaman interaktif dengan masyarakat tempatan, lawatan ke masjid-masjid bersejarah, serta aktiviti refleksi di alam semula jadi Jepun yang tenang. Sesuai untuk mereka yang ingin mendalami spiritualiti sufi dalam konteks budaya Jepun yang unik dan moden.
Ringkasan
Mengenai Pakej
- Tiket penerbangan antarabangsa
- Bagasi 20 KG pergi - balik seorang
- Makanan seperti di dalam jadual perjalanan
- TIket tempat lawatan ( seperti yang dinyatakan
- Pengangkutan ( Sepanjang trip)
- Penginapan ( Bertaraf 3 Bintang & setaraf)
- Pemandu pelancong
Pakej Japan: Kembara Sufi menawarkan pengalaman unik menggabungkan pengembaraan spiritual dan penemuan budaya di Jepun, walaupun negara ini bukan tradisi Islam majoriti. Peserta akan menjejak lokasi-lokasi yang berkaitan dengan sejarah kedatangan Islam dan komuniti Muslim di Jepun, sambil mempelajari ajaran sufi melalui bengkel, perbincangan rohani, dan sesi dzikir. Pakej ini turut menekankan pengalaman interaktif dengan masyarakat tempatan, lawatan ke masjid-masjid bersejarah, serta aktiviti refleksi di alam semula jadi Jepun yang tenang. Sesuai untuk mereka yang ingin mendalami spiritualiti sufi dalam konteks budaya Jepun yang unik dan moden.
Aturcara
Aturcara Perjalanan
Hari 1 HARI 1
Berkumpul di KLIA2 dan berlepas ke Osaka
Hari 2 HARI 2
Ketibaan di Osaka Airport (KIX) dan disambut oleh pemandu berbangsa Jepun yang
ramah. Meet & greet Tour Guide. Menaiki bas terus ke Kyoto. Kita akan ke Kiyomizudera
iaitu kawasan Jepun tradisional yang terkenal dengan deretan rumah kedai dan jalan
tradisional. Berjalan kaki hingga ke kawasan Ninenzaka, terletaknya menari Hokanji di
mana boleh bergambar di lorong ikonik berlatarkan menara Hokanji.
Seterusnya kita akan ke kawasan Kyoto, yang terkenal dengan shopping street dan
terdapat banyak makanan halal Bergerak ke Kyoto Islamic Center untuk solat Zohor dan
makan tengah hari di restoran halal. Seterusnya kita akan terus ke kawasan Arashiyama.
Kita akan melawat sekitar Kawasan Jambatan Togetsukyo. Anda diberikan masa untuk
bergambar dan membeli belah, juga boleh menaiki kereta tarik yang ditarik oleh pemuda
Jepun gagah, yang merupakan antara kenderaan para bangsawan Jepun suatu ketika
dulu.
Setelah itu, kita akan berjalan kaki santai, menyelusuri hutan buluh Arashiyama yang
cantik. Hutan buluh ini terletak berdekatan kompleks Tenryuji Temple dan merupakan
warisan negara Jepun. Kemudian, kita akan ke Osaka untuk check in penginapan dan
berehat.
Hari 3 HARI 3
Sarapan pagi dan lawatan diteruskan dengan menaiki train terus ke Nara. Nara adalah
bandar yang terkenal dengan rusa jinak yang berkeliaran seperti kucing di merata
tempat. Anda berpeluang untuk bermain dengan rusa jinak dengan cara memberi
makanan dan juga berselfie. Juga boleh santai melihat pemandangan taman sambil
makan aiskrim perisa macha tea (own expenses), juga beli belah ole-ole.
Seterusnya kita ke restoran halal untuk makan tengah hari dan solat. Lawatan diteruskan
ke kawasan Namba, yang terkenal dengan shopping street dan terdapat banyak
makanan halal. Jangan terlepas peluang mencuba takoyaki asli Jepun di sana. Anda
akan diberikan masa bebas untuk bergambar di Kawasan Dotonbori dan membeli belah
di sana.
Hari 4 HARI 4
Sarapan pagi dan lawatan kawasan sekitar Bandar Osaka.
Note: Bagasi akan dipos terus ke hotel di Tokyo (kos pos berbeza mengikut saiz dan
berat beg, dibayar oleh peserta). Bagasi akan diterima semula pada keesokan
malam di Tokyo.
Lawatan diteruskan ke Osaka Bay, di mana kita akan menaiki Tempozan Ferris Wheel yang
merupakan ferris wheel tertinggi di dunia. Dengan ketinggian 112 meter, anda boleh
menikmati pemandangan seluruh bandar Osaka ketiba berada 17 minit di dalamnya.
Kemudian kita akan menaiki Santa Maria Cruise, di mana anda akan dibawa menaiki kapal
cruise bercirikan kapal Santa Maria yang dinaiki Christopher Colombus semasa merentasi
Lautan Atlantik pada tahun 1492. Anda akan dibawa meneroka Telok Osaka selama 30 minit.
Kita akan berhenti solat dan makan tengah hari di Tempozan Mall. Setelah itu kita ke Osaka,
menuju ke Osaka Castle. Istana ini adalah binaan semula di tapak asal Istana Osaka yang
pernah musnah suatu ketika dulu, kini menjadi antara ikon dan mercu tanda bandar
Osaka. Santai di kawasan istana, sesiapa yang larat boleh berjalan hingga ke istana dan
masuk ke dalamnya
Kembali ke hotel, malam free easy. Dinasihatkan untuk tidur awal kerana kita akan check
out awal esok pagi untuk bergerak ke Fuji.
Hari 5 HARI 5
Kita akan check out awal, dan menuju ke Fuji. Kita akan merasai salah satu perkara wajib
bila berada di Jepun iaitu menaiki bullet train berkelajuan 350km per jam dari Kyoto hingga
ke Shin Fuji.Perjalanan akan memakan masa 2 jam setengah, anda boleh berehat sambil
menikmati pemandangan sepanjang perjalanan. Jangan lepaskan peluang melihat
pemandangan Fuji dengan mata anda buat pertama kali semasa hampir tiba di Shin Fuji.
Sampai Shin Fuji, kita akan ke Iyashi No Sato, yang merupakan perkampungan lama Jepun.
Singgah di Masjid Kawaguchi untuk solat. Seterusnya akan ke Gotemba Premium Outlet
untukmembeli belah. Jom beli belah barangan berjenama sambil menikmati
pemandangan Mt Fuji. Seterusnya, kita terus menuju ke Tokyo. Sampai hotel, check in dan
berehat. rumah tradisional beratap Jerami berlatarkan Gunung Fuji. Boleh bergambar dan
makan tengah hari di gerai halal sekitar sana. Kemudian kita akan santai menikmati
pemandangan Jepun dengan imejcermin Tasik Kawaguchi di Oishi Park.
Hari 6 HARI 6
Sarapan pagi dan pada hari ini, peserta diberikan sehari free easy untuk ke tempat yang
disukai. Kos pengangkutan dan tiket masuk (jika ada) adalah di bawah tanggungan
peserta sendiri. Berikut antara 3 pilihan yang diberikan:
Disneyland/Disneysea: Tour Leader akan menghantar peserta seawal jam 7.00 pagi
kerana Disneyland akan dibuka jam 8.00 pagi. Peserta akan dijemput pulang selepas jam
7.00 malam, bergantung persetujuan bersama Tour Leader.
Odaiba Tour: Tour ke pulau buatan yang mempunya pelbagai tarikan. Antaranya Statue
of Liberty versi Jepun, Rainbow Bridge, Deck Mall, Aqua City Mall, Gundam Statue dan
Divercity Tokyo Plaza. Tour ini akan dibimbing oleh Tour Leader.
Gala Yuzawa Ski Resort (winter sahaja): Perjalanan ke Gala Yuzawa perlu menaiki bullet
train. Bullet train akan berhenti betul-betul di stesen gondola ski resort, dan anda akan
dibawa menaiki gondola ke atas kawasan bersalji. Anda bebas untuk bermain salji.
Jangan lupa untuk memakai pakaian dan kasut yang sesuai untuk salji. Tour leader tidak
akan bersama peserta, tetapi peserta akan diberikan maklumat lengkap berkenaan
bagaimana untuk ke sana, termasuk pembelian tiket train.
Hari 7 HARI 7
Sarapan pagi dan check out dan pastikan tiada barang tertinggal di bilik. Peserta akan
terus ke Asakusa iaitu bandar warisan dan pernah menjadi bandar utama semasa
pemerintahan zaman Edo dahulu. Tarikan utama adalah gerbang Kaminarimon bersama
tanglung besarnya. Kemudian boleh membeli belah di Nakamise Street iaitu tempat
membeli belah souvenir yang menarik. Dari Asakusa ini akan kelihatan jelas menara
telekomunikasi tertinggi di dunia iaitu Tokyo Skytree, dan akan boleh bergambar
berlatarkan bangunan itu.
Kemudian kita akan ke Ueno, kawasan yang terkenal dengan flea market. Boleh singgah
ke Hard Rock CafÈ Ueno-Eki untuk peminat HRC, juga membeli belah di Ameyoko Street.
Kita akan makan tengah hari di sini, juga solat di Masjid Ueno Okachimachi. Setelah itu,
kita ke Akihabara yang terkenal dengan bandar gadjet. Segala teknologi dan gadjet
terkini terdapat di sini. Selepas itu, kita akan terus bergerak ke Haneda International
Airport bagi urusan check in untuk urusan pulang ke Malaysia. Tiba di Haneda
International Airport, tour guide akan membantu bagi urusan check-in di Airport. Berlepas
dari Haneda International Airport.
Hari 8 HARI 8
Jadual tertakluk kepada perubahan
Lampiran
Lampiran & Dokumen
Terma
Terma & Syarat
Maklumat lanjut sila layari : https://kembarasufi.com/terma/
Mulai dari
RM 6,999