Kembali ke senarai
Pakej Asia
India
Kashmir India
Pakej Kashmir Kembara Sufi membawa peserta menyusuri keindahan alam semula jadi yang menakjubkan sambil menelusuri jejak para wali dan tokoh sufi di rantau ini. Dalam perjalanan, peserta akan menziarahi makam sufi terkenal, menghadiri majlis dzikir dan qawwali tempatan, serta menyelami tradisi spiritual yang telah wujud turun-temurun di Kashmir. Selain pengalaman rohani, pakej ini turut menawarkan peluang untuk menikmati pemandangan gunung, tasik, dan seni bina Islam yang indah, sambil merasai budaya serta keramahan masyarakat tempatan. Sesuai bagi mereka yang ingin menggabungkan ketenangan alam dan pengalaman budaya.
Ringkasan
Mengenai Pakej
- Ticket Flight International (KUL-DEL-KUL)
- Beg Allowance Flight International (30kg luggage & 7kg hand carry)
- Ticket Flight Domestic (DEL-SXR-DEL)
- Beg Allowance Flight Domestic (15kg luggage & 7kg hand carry)
- Makanan Halal
- Pemandu pelacong tempatan
- Pengangkutan sepanjang lawatan
Pakej Kashmir Kembara Sufi membawa peserta menyusuri keindahan alam semula jadi yang menakjubkan sambil menelusuri jejak para wali dan tokoh sufi di rantau ini. Dalam perjalanan, peserta akan menziarahi makam sufi terkenal, menghadiri majlis dzikir dan qawwali tempatan, serta menyelami tradisi spiritual yang telah wujud turun-temurun di Kashmir. Selain pengalaman rohani, pakej ini turut menawarkan peluang untuk menikmati pemandangan gunung, tasik, dan seni bina Islam yang indah, sambil merasai budaya serta keramahan masyarakat tempatan. Sesuai bagi mereka yang ingin menggabungkan ketenangan alam dan pengalaman budaya.
Aturcara
Aturcara Perjalanan
Hari 1 HARI 1
Berkumpul di Lapangan Terbang dan berlepas dari KLIA ke Delhi. Setibanya anda di
Terminal-3 Lapangan Terbang Antarabangsa Indhira Gandhi (IGIA) New Delhi, Pemandu
Pelancong akan bertemu dan menyambut anda di Balai Ketibaan. Menaiki bas ke hotel
dan daftar masuk ke hotel dan bermalam di New Delhi.
Hari 2 HARI 2
Sarapan pagi dan bertolak ke Lapangan Terbang New Delhi untuk menaiki penerbangan
ke Srinagar. Tiba di Srinagar dan Kemudian bergerak ke Dal Lake Srinagar dengan
menaiki Shikaras (bot kayu kecil) menyeberangi Tasik untuk sampai ke Houseboats.
Bertolak ke Tempat Lawatan untuk melihat kawasan sekeliling.Lawatan bermula dengan
Taman Mughal (Taman Nishat & Taman Shalimar bersebelahan dengan Tasik Dal.
Terletak di bawah kaki bukit, lawatan akan diteruskan dengan membawa anda ke Grand Mosque & Kuil di lembah Dargah Hazratbal terkenal kerana memelihara Peninggalan Nabi Muhammad SAW. Selepas itu, perjalanan akan diteruskan ke Bilik Pameran Permaidani Tulen di mana demonstrasi diberikan mengenai "bagaimana permaidani buatan tangan,
permaidani bulu, permaidani sutera, permaidani kapas & permaidani bunga tradisional ditenun". Kembali ke Houseboat dan makan malam. Bermalam di Hotel Srinagar
Hari 3 HARI 3
Sarapan pagi dan bergerak ke Gulmarg. Lihat pemandangan menakjubkan Pergunungan
Himalaya. Setibanya anda di Gulmarg, berjalan ke terminal Gondola untuk menaiki kereta
kabel. Perjalanan pergunungan melalui cerun yang memberikan pengalaman luar biasa
untuk tiba di Kangdoor dan peserta akan disajikan pemandangan yang cantik dan
persembahan tradisional. Pada lewat petang, masa untuk membeli belah pelbagai
barangan pilihan dengan harga yang berpatutan. Kembali ke Srinagar. Makan malam
disediakan. Bermalam di Dal Lake Houseboat/Hotel di Srinagar.
Hari 4 HARI 4
Sarapan pagi anda dan memulakan perjalanan ke Pahalgam, Menaiki Shikara Ride yang
terkenal. Shikara akan membawa anda mengelilingi Tasik Dal untuk melihat keindahan
dan dibawa ke pasar terapung. Dalam perjalanan ke Pahalgam, singgah di salah satu
bilik pameran Buah Kering yang terbesar di mana anda boleh membeli semua jenis
buah-buahan kering yang dihasilkan di Kashmir. Meneruskan perjalanan kami ke
Pahalgam. Perhentian seterusnya ialah Valley of Apple yang terkenal untuk melawat
kebun epal. Setibanya di Pahalgam lawatan diteruskan ke Lembah Aru. Kembali ke Srinagar. Makan malam disediakan & bermalam di hotel di Srinagar.
Hari 5 HARI 5
Sarapan pagi dan bertolak ke lapangan terbang Antarabangsa Srinagar. Menaiki
penerbangan untuk berlepas ke New Delhi. Sejurus selepas ketibaan, memulakan
perjalanan ke Agra. Makan Malam & Bermalam di Agra
Hari 6 HARI 6
Sarapan pagi dan bertolak ke Taj Mahal. Meneruskan lawatan dengan melawat Marble
Factory dan kedai cendermata barangan tempatan lain untuk membeli belah.
Meneruskan lawatan ke pasar tempatan yang menarik untuk membeli barangan seperti
fabrik, barangan kulit, barangan cenderahati,tekstil, marmar, Barang Kemas dll. kembali
ke New Delhi & dan bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa New Delhi untuk berlepas pulang ke Kuala Lumpur.
Hari 7 HARI 7
Tiba di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) dan Bersurai.
Lampiran
Lampiran & Dokumen
Terma
Terma & Syarat
Maklumat lanjut sila layari : https://kembarasufi.com/terma/
Mulai dari
RM 4,599