Ke kandungan utama
Kembali ke senarai
Pakej Eropah Antarctica

Majestic Antartica

Pakej **Majestic Antarctica Kembara Sufi** membawa anda menikmati pengembaraan luar biasa ke salah satu destinasi paling eksklusif di dunia melalui **Buenos Aires, Ushuaia dan Antarctica**. Perjalanan diteruskan dengan ekspedisi selama 10 hari menaiki **Ocean Albatros**, merentasi **Beagle Channel dan Drake Passage** sebelum meneroka **Antarctic Peninsula, Gerlache Strait dan South Shetland Islands**. Peserta berpeluang menikmati pelayaran Zodiac, melihat koloni penguin, anjing laut, paus dan burung laut, menyaksikan glasier serta landskap ais yang menakjubkan, di samping mengikuti sesi penerangan dan aktiviti bersama pasukan ekspedisi profesional. Pakej ini sesuai untuk mereka yang mencari perjalanan sekali seumur hidup, penuh eksplorasi, keajaiban alam dan pengalaman unik di penghujung dunia.

Ringkasan

Mengenai Pakej

  • Penerbangan dan malam pelayaran mengikut program
  • Penginapan dalam kabin luar (outside stateroom)
  • Pasukan ekspedisi berbahasa Inggeris
  • Pendaratan menggunakan Zodiac, pelayaran kapal dan Zodiac Cruise pada waktu pagi dan petang, tertakluk kepada keadaan cuaca
  • Sesi taklimat dan ceramah oleh pasukan ekspedisi
  • Full board sepanjang berada di kapal
  • Kopi dan teh percuma di atas kapal
  • Minuman soda percuma semasa makan malam bagi pilihan tertentu
  • Parka untuk setiap peserta kecuali pelayaran charter
  • Boots untuk dipinjam bagi aktiviti pendaratan
  • Bayaran pelabuhan, yuran IAATO, cukai dan tarif
  • Shuttle transfer dari pusat bandar ke kapal serta dari kapal ke pusat bandar atau lapangan terbang pada waktu pagi
Pakej **Majestic Antarctica Kembara Sufi** membawa anda menikmati pengembaraan luar biasa ke salah satu destinasi paling eksklusif di dunia melalui **Buenos Aires, Ushuaia dan Antarctica**. Perjalanan diteruskan dengan ekspedisi selama 10 hari menaiki **Ocean Albatros**, merentasi **Beagle Channel dan Drake Passage** sebelum meneroka **Antarctic Peninsula, Gerlache Strait dan South Shetland Islands**. Peserta berpeluang menikmati pelayaran Zodiac, melihat koloni penguin, anjing laut, paus dan burung laut, menyaksikan glasier serta landskap ais yang menakjubkan, di samping mengikuti sesi penerangan dan aktiviti bersama pasukan ekspedisi profesional. Pakej ini sesuai untuk mereka yang mencari perjalanan sekali seumur hidup, penuh eksplorasi, keajaiban alam dan pengalaman unik di penghujung dunia.

Aturcara

Aturcara Perjalanan

Hari 1 HARI 1 : KUALA LUMPUR – BUENOS AIRES
Berkumpul di KLIA dan menaiki penerbangan dari Kuala Lumpur menuju ke Buenos Aires, Argentina.
Hari 2 HARI 2 : BUENOS AIRES
Tiba di Buenos Aires dan peserta diberikan masa bebas untuk berehat serta melakukan aktiviti sendiri di sekitar bandar.
Hari 3 HARI 3 : BUENOS AIRES – USHUAIA
Menaiki penerbangan menuju ke Ushuaia. Setibanya di Ushuaia, peserta diberikan masa bebas untuk meneroka bandar yang dikenali sebagai antara bandar paling selatan di dunia
Hari 4 HARI 4 : USHUAIA – ANTARCTICA CRUISE
Peserta berpeluang meneroka Ushuaia dan kawasan semula jadi Tierra del Fuego sebelum menaiki kapal Ocean Albatros. Selepas taklimat keselamatan, pelayaran ekspedisi bermula melalui Beagle Channel sambil berpeluang melihat paus dan ikan lumba-lumba sebelum menuju ke Drake Passage.
Hari 5 HARI 5 : DRAKE PASSAGE
Pelayaran diteruskan merentasi Drake Passage menuju ke Antarctic Peninsula. Sepanjang perjalanan, peserta akan mengikuti sesi taklimat keselamatan, persediaan biosekuriti serta ceramah mengenai eksplorasi dan hidupan liar Antarctica bersama Expedition Team.
Hari 6 HARI 6 : DRAKE PASSAGE – SOUTH SHETLAND ISLANDS
Pelayaran meneruskan perjalanan melalui Antarctic Convergence, kawasan yang kaya dengan hidupan marin seperti petrel, albatross, penguin, anjing laut dan paus. Jika keadaan cuaca mengizinkan, peserta akan memulakan pendaratan pertama di South Shetland Islands pada sebelah petang.
Hari 7 HARI 7 : ANTARCTIC PENINSULA
Ekspedisi diteruskan ke kawasan Gerlache Strait di Antarctic Peninsula. Peserta berpeluang mengikuti Zodiac Cruise di kawasan seperti Paradise Bay serta menikmati panorama glasier, gunung bersalji dan hidupan liar Antarctica.
Hari 8 HARI 8 : ANTARCTIC PENINSULA
Penerokaan Antarctic Peninsula diteruskan dengan kemungkinan lawatan ke kawasan seperti Cuverville Island untuk melihat koloni penguin, Damoy Point serta kawasan lain yang ditentukan berdasarkan keadaan cuaca dan ais.
Hari 9 HARI 9 : ANTARCTIC PENINSULA
Peserta terus menikmati keindahan Antarctic Peninsula dengan peluang melihat paus di Wilhelmina Bay serta menikmati panorama menakjubkan di Lemaire Channel. Apabila berada di atas kapal, peserta boleh mengikuti ceramah, sesi recap atau menikmati pemandangan Antarctica dari ruang lounge.
Hari 10 HARI 10 : SOUTH SHETLAND ISLANDS
Ekspedisi diteruskan ke South Shetland Islands yang terkenal dengan koloni Gentoo dan Chinstrap Penguins serta pelbagai burung laut. Antara lokasi yang berpotensi dikunjungi ialah Deception Island, Aitcho Island, Half Moon Island dan Yankee Harbour, bergantung kepada keadaan semasa.
Hari 11 HARI 11 : DRAKE PASSAGE – PERJALANAN PULANG
Meninggalkan Antarctica dan memulakan perjalanan pulang merentasi Drake Passage menuju ke Ushuaia. Sepanjang pelayaran, peserta boleh menikmati pelbagai aktiviti dan sesi bersama Expedition Team di atas kapal.
Hari 12 HARI 12 : DRAKE PASSAGE
Pelayaran diteruskan menuju ke Beagle Channel. Peserta boleh berehat di atas kapal, mengikuti ceramah di Shackleton Lounge serta menikmati pemandangan burung albatross. Pada malam terakhir, Farewell Party bersama Captain dan Officers akan diadakan berserta tayangan gambar dan video perjalanan Antarctica.
Hari 13 HARI 13 : USHUAIA
Kapal tiba semula di pelabuhan Ushuaia. Selepas sarapan pagi, peserta akan turun dari kapal dan mengucapkan selamat tinggal kepada kru serta Albatros Expedition Team, sekali gus menamatkan ekspedisi pelayaran Antarctica.
Hari 14 HARI 14
Hari 15 HARI 15 : PULANG KE KUALA LUMPUR
Peserta menaiki penerbangan untuk perjalanan pulang ke Kuala Lumpur, membawa bersama pengalaman dan kenangan sepanjang ekspedisi Majestic Antarctica.

Lampiran

Lampiran & Dokumen

Terma

Terma & Syarat

Maklumat lanjut sila layari : https://kembarasufi.com/terma/