Kembali ke senarai
Pakej Eropah
United Kingdom
United Kingdom 2026
Pakej United Kingdom Kembara Sufi menawarkan pengalaman perjalanan yang tenang dan bermakna merentasi destinasi ikonik di England dan Scotland, dengan gabungan sejarah, budaya dan suasana alam yang mendamaikan. Kembara ini disusun secara santai, memberi ruang untuk menikmati keindahan bandar klasik, perkampungan tradisional dan landskap hijau sambil diselitkan pengisian rohani yang ringan seperti refleksi diri dan muhasabah. Ia sesuai untuk mereka yang ingin meneroka United Kingdom dengan pendekatan berjiwa, seimbang antara pengembaraan, rehat dan ketenangan hati.
Ringkasan
Mengenai Pakej
- Penerbangan pergi & balik (Transit bergantung pada jenis penerbangan)
- Bagasi 23kg-30kg (Bergantung pada jenis penerbangan)
- Tiket tempat lawatan. (Seperti dalam jadual perjalanan)
- Makanan didalam pesawat
- Halfboard : Sarapan & Makan Malam Pengangkutan. (Sepanjang trip)
- Penginapan
- Pemandu pelancong
Pakej United Kingdom Kembara Sufi menawarkan pengalaman perjalanan yang tenang dan bermakna merentasi destinasi ikonik di England dan Scotland, dengan gabungan sejarah, budaya dan suasana alam yang mendamaikan. Kembara ini disusun secara santai, memberi ruang untuk menikmati keindahan bandar klasik, perkampungan tradisional dan landskap hijau sambil diselitkan pengisian rohani yang ringan seperti refleksi diri dan muhasabah. Ia sesuai untuk mereka yang ingin meneroka United Kingdom dengan pendekatan berjiwa, seimbang antara pengembaraan, rehat dan ketenangan hati.
Aturcara
Aturcara Perjalanan
Hari 1 HARI 1
Berkumpul di Klia 1 (Kuala Lumpur – Manchester)
Hari 2 HARI 2
Setibanya di Lapangan Terbang Manchester, kami akan menuju ke York, sebuah bandar
bersejarah berdinding yang diasaskan oleh orang Rom hampir 2,000 tahun lalu.
Seterusnya akan melawat York Minster, katedral Gothic abad ke-13 yang terkenal dengan
kaca berwarna zaman pertengahan dan dua menara loceng lokasi yang sesuai untuk
bergambar. Anda juga berpeluang menyusuri lorong-lorong lama York dan menerokai
tarikan tersembunyi. Pada sebelah petang, akan bertolak ke Edinburgh untuk bermalam.
Hari 3 HARI 3
Selepas sarapan pagi, akan meneroka bandar Edinburgh, salah satu kota tercantik di
dunia yang kaya dengan sejarah, warisan dan budaya. Seterusnya akan melawat Old
Town, termasuk Istana Edinburgh yang terletak di atas bukit dan merupakan tarikan
paling popular di Scotland. Kemudian, akan berjalan menyusuri Royal Mile yang
bersejarah, sambil menikmati pemandangan serta seni bina klasik bandar ini. Pada
sebelah petang, aktiviti membeli-belah di Princes Street, kawasan beli-belah terkenal
dengan butik dan kedai berjenama. Penginapan akan bertempat di hotel di daerah
Glasgow.
Hari 4 HARI 4
Selepas sarapan pagi, akan menuju ke The Lake District, kawasan pergunungan di barat
laut England yang juga merupakan Taman Negara terbesar di UK. Terkenal dengan tasik,
gunung dan perkampungan indah, ia telah menginspirasi penulis seperti Wordsworth dan
Wainwright. Kemudian, akan meneruskan perjalanan ke Liverpool untuk bermalam
disana.
Hari 5 HARI 5
Selepas sarapan pagi, akan melawat Royal Albert Dock di Liverpool, sebuah kompleks
bersejarah di kawasan dermaga yang juga merupakan Tapak Warisan Dunia UNESCO.
Dibina pada tahun 1846, ia menempatkan koleksi bangunan tersenarai Gred I terbesar di
UK dan pernah menjadi pusat perdagangan utama dunia pada abad ke-19. Seterusnya,
akan membeli belah di Cheshire Oaks Designer Outlet, outlet pereka terbesar di UK
dengan lebih 145 butik dan tawaran diskaun hebat bagi jenama terkenal. Kemudiannya
akan bertolak ke Bandar Telford untuk bermalam.
Hari 6 HARI 6
Selepas sarapan pagi, akan melawat Jambatan Besi, jambatan pertama di dunia yang
dibina daripada besi tuang (cast iron) pada tahun 1779. Kini dipulihkan, ia kekal sebagai
simbol Warisan Dunia yang mengagumkan. Seterusnya, akan mengunjungi Muzium
Victoria, yang menghidupkan semula suasana, bunyi dan gaya hidup bandar Shropshire
pada akhir abad ke 19. Pada sebelah petang, akan melawat bandar pasar bersejarah
Wellington, yang diasaskan pada tahun 1244 dan terkenal dengan deretan kedai bebas
serta suasana klasik di sepanjang jalan lamanya. Penginapan di daerah Telford.
Hari 7 HARI 7
Selepas sarapan pagi, akan menuju ke Bicester Village di Oxfordshire, destinasi beli-belah
popular yang menempatkan lebih 130 butik jenama mewah dengan diskaun sehingga
60% sepanjang tahun. Setelah selesai membeli-belah, akan bertolak ke London dan
bermalam di sana
Hari 8 HARI 8
Selepas sarapan pagi, akan memulakan lawatan
"Snap Shot City Tour
" di London, iaitu
lawatan berpandu secara panoramik yang akan membawa anda melihat pelbagai
mercu tanda terkenal seperti Big Ben, Istana Buckingham, Menara London, London Eye,
dan banyak lagi. Lawatan ini memberi peluang untuk menikmati keindahan dan keunikan
kota London sambil merakam gambar kenangan di beberapa lokasi ikonik. Selepas
lawatan, bertolak ke Cambridge dan ke hotel untuk bermalam.
Hari 9 HARI 9
Selepas sarapan pagi, akan memulakan lawatan ke Cambridge, sebuah bandar yang
terkenal di seluruh dunia dengan Universiti Cambridge, institusi berprestij yang telah
melahirkan 89 penerima Hadiah Nobel dan 14 Perdana Menteri Britain. Nikmati keindahan
seni bina klasik serta bangunan kolej yang bersejarah. Seterusnya akan singgah di pasar
terbuka Cambridge yang berwarna-warni dan bersejarah, terletak di tengah tengah
bandar, menawarkan pelbagai hasil tempatan dan barangan unik. Pasar ini beroperasi
enam hari seminggu. Selesai lawatan, akan meneruskan perjalanan ke Manchester untuk
bermalam.
Hari 10 HARI 10
Selepas sarapan pagi, akan melawat Stadium Old Trafford, rumah kepada kelab bola
sepak terkenal dunia, Manchester United. Di sini, anda berpeluang bergambar di lokasi
ikonik, mengunjungi kedai rasmi stadium untuk membeli cenderahati, dan menikmati
suasana penuh sejarah bola sepak. Selepas makan tengah hari, akan bertolak ke
lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Malaysia.
Hari 11 HARI 11
Tiba tanah air Kuala Lumpur.
Lampiran
Lampiran & Dokumen
Terma
Terma & Syarat
Maklumat lanjut sila layari : https://kembarasufi.com/terma/
Mulai dari
RM 12,430