Ke kandungan utama
Kembali ke senarai
Pakej Asia Vietnam

Vietnam 12 Negeri

Pakej Jelajah Vietnam 12 Negeri 10H9M membawa anda meneroka keindahan Vietnam Utara dari Sapa hingga Hanoi. Nikmati budaya etnik di Cat Cat dan Ta Van, panorama Fansipan, laluan dramatik Ha Giang, Sungai Nho Que, Air Terjun Ban Gioc, gua semula jadi, pelayaran Ha Long Bay serta pesona Hanoi Old Quarter.

Ringkasan

Mengenai Pakej

  • Tiket penerbangan pergi-balik
  • Bagasi 20-30 kg
  • Tiket menaiki cruise di Halong (*seperti dalam itinerary)
  • Pengangkutan (Sepanjang trip)
  • Hotel, Makanan sebagaimana itinerary
  • Pemandu pelancong
  • Makanan halal seperti dalam jadual
Pakej Jelajah Vietnam 12 Negeri 10H9M membawa anda meneroka keindahan Vietnam Utara dari Sapa hingga Hanoi. Nikmati budaya etnik di Cat Cat dan Ta Van, panorama Fansipan, laluan dramatik Ha Giang, Sungai Nho Que, Air Terjun Ban Gioc, gua semula jadi, pelayaran Ha Long Bay serta pesona Hanoi Old Quarter.

Aturcara

Aturcara Perjalanan

Hari 1 HARI 1 : HANOI-SAPA (D)
Tiba di airport Noi Bai, Hanoi dan disambut oleh tour guide. Bergerak ke Sapa melalui highway Sapa Express. Menikmati pemandangan indah sepanjang perjalanan. Tiba di Lao Cai dan disambut oleh penduduk tempatan yang memakai pelbagai jenis kostum/pakaian tradisional kaum masing-masing. Makan malam. Check in hotel. Bermalam di Sapa. Hanoi – Lao Cai, Sapa (4 jam 30 minit)
Hari 2 HARI 2 : SAPA-BAN CAT CAT, TA VAN VILLAGE FANSIPAN (B/L/D)
Sarapan(hotel/restoran). Bergerak ke Cat Cat Village, kampung yang dihuni oleh kaun H’mong. Belajar menyelami kehidupan penduduk tersebut sambil menyaksikan pemandangan sawah padi dan air terjun. Seterusnya, pergi ke Ta Van Village dan melihat kehidupan suku kaum Giay yang terdiri daripada 40 buah rumah dan beberapa etnik lain. Makan tengahari. Pada sebelah petang, aktiviti menaiki kereta api menuju ke stesen Muong Hua dan menaiki kereta kabel untuk sampai ke puncak Fansipan. Di sini, anda akan menikmati keindahan pemandangan puncak Fansipan dari ketinggian 3143m paras laut. Makan malam. Aktiviti free and easy pada waktu malam. Bermalam di Sapa.
Hari 3 HARI 3 : HA GIANG CITY (B/L)
Check out hotel dan sarapan di restoran. Melawat Notre Dame Cathedral Sapa, terletak di tengah-tengah kawasan Sapa Valley. Di sini, anda akan melihat keindahan binaan gereja yang penuh dengan kesenian dan senibina yang kaya dengan nilai-nilai sejarah. Pergi ke Ha Giang dan singgah juga di Pho Giang Town, bandar kecil di sempadan Sapa yang dikenali sebagai pasar etnik penduduk tempatan. Sebelah petang, bergerak ke Ha Giang, check in hotel dan berehat. Bermalam di Ha Giang City. Sapa Town-Ha Giang City (4 jam 40 minit).
Hari 4 HARI 4: HA GIANG CITY-DONG VAN
Bergerak ke Dong Van, Ha Giang. Melawat antaranya: Quan Ba Gate – Sebuah laluan gunung dengan formasi batu berbentuk gerbang, yang menawarkan pemandangan panorama kawasan sekitar. Tham Ma Slope – Sebuah cerun indah di Laluan Ma Pi Leng, terkenal dengan pemandangan yang menakjubkan. King Meo’s Mansion – Kediaman keluarga kaya dan berpengaruh, yang melambangkan kemakmuran Dong Van pada awal abad ke-20. Check in hotel. Old Lung Cu Flagpole – titik permulaan bumi Vietnam dan titik paling utara Vietnam berhampiran sempadan China. Melawat Dong Van Town Old Quarter – sebuah destinasi yang terletak di tanah tinggi utara Vietnam. Bermalam di Dong Van. Ha Giang City-Dong Van (3 jam 30 minit).
Hari 5 HARI 5: DONG VAN-CAO BANG
Bergerak ke Dong Van, Ha Giang. Melawat antaranya: Dong Van Market - Menyelami kepelbagaian budaya di Vietnam Utara di samping jualan oleh penduduk tempatan. Ma Pi Leng Pass Sebuah laluan gunung yang menakjubkan di wilayah Ha Giang, Vietnam Utara. Nho Que River - Menawarkan pengalaman yang memukau, membolehkan pelancong menyaksikan keindahan air birunya yang memikat dan keagungan pergunungan di sekelilingnya. Khau Coc Cha Pass - Salah satu laluan paling berbahaya di Cao Bang. Namun, ia juga merupakan destinasi kegemaran bagi pelancong yang gemar cabaran dan ingin meneroka keindahan alam semula jadi di pergunungan dan hutan yang luas. Le Nin Stream - Sungai Lê Nin adalah sebuah sungai yang menakjubkan dan merupakan tapak peninggalan sejarah nasional di Vietnam. Pac Bo Cave - Gua Pac Bo terletak di Wilayah Cao Bang. Dalam bahasa Tay-Nung, Pac Bo bermaksud "hulu sungai." Bermalam di Cao Bang City. Ha Giang City-Dong Van (3 jam 30 minit).
Hari 6 HARI 6: CAO BANG CITY-BAN GIOC WATERFALLLANG SON CITY
Nguom Ngao Cave - Gua Nguom Ngao merupakan keajaiban semula jadi yang terletak di Kampung Gun, Wilayah Cao Bang di Vietnam Utara, berhampiran sempadan Vietnam-China. Wilayah ini terkenal dengan keindahan semula jadinya yang menakjubkan, dengan pergunungan hijau, lembah yang indah, dan air terjun yang mempesona. Ban Gioc Waterfals - Air Terjun Ban Gioc adalah salah satu air terjun terbesar dan paling memukau di Vietnam, terletak di sempadan antara wilayah Guangxi dan Cao Bang. Bermalam di Lang Son City. Cao Bang City-Ban Gioc Waterfall (1 jam 50 minit) Ban Gioc-Lang Son City (3 jam 50 minit)
Hari 7 HARI 7: LANG SON CITY- HA LONG CITY (D)
Sarapan(sendiri) dan melawat: Pasar Ky Lua: Pasar sentiasa sibuk dengan orang ramai dan dibuka siang dan malam. Pasaran dipenuhi dengan barangan brocade yang meriah dan makanan lazat yang dibuat sendiri oleh suku Lang Son. Kemudian teruskan ke Teluk Halong. Tiba di Teluk Halong, nikmati makan tengah hari di restoran halal, dan belayar melalui pulau-pulau kecil yang menakjubkan seperti Gua Thien Cung (Heaven Cave), Incense Burner Islet, dan Fighting Cock Islet. Kembali ke Pelabuhan Halong. Makan malam di restoran halal. Kembali ke Hanoi. Check in hotel. Bermalam di Ha Long City. Lang Son City-Ha Long City (3 jam 20 minit)
Hari 8 HARI 8: HA LONG BAY - HANOI (B/L/D)
Sarapan. Bergerak ke Hanoi. Singgah di Vinhomes Ocean Park 3. Sambung perjalanan ke Hanoi. Makan tengahari di restoran halal. Check in hotel. Melawat Dataran Ba Dinh yang terletak di hadapan Makam Ho Chi Minh yang terkenal. Dataran Ba Dinh adalah salah satu tapak peninggalan bersejarah yang popular dalam semua jadual perjalanan Hanoi City Tour. Ia adalah tempat untuk mengenali banyak mercu tanda penting dalam sejarah Vietnam. Makan malam di restoran halal. Bermalam di Hanoi. Ha Long-Hanoi (2 jam 30 minit)
Hari 9 HARI 9: HANOI-CITY TOUR (B/L/D)
Sarapan. Melawat Masjid Al-Noor, shopping di Dong Xuan Market dan melawat tasik Hoan Kiem. Makan tengahari di restoran halal. Melawat Hanoi Old Quarter menaiki buggy. Makan malam di restoran halal. Free and easy. Bermalam di Hanoi.
Hari 10 HARI 10: HANOI-NOI BAI AIRPORT (B)
Sarapan(hotel/restoran). Check out dari hotel. Free and easy. Bergerak ke airport. Pulang ke Malaysia. Hanoi-Noi Bai Airport (40 minit)

Lampiran

Lampiran & Dokumen

Terma

Terma & Syarat

Maklumat lanjut layari https://kembarasufi.com/terma-syarat/