Ke kandungan utama
Kembali ke senarai
Pakej Eropah United Kingdom

West Europe 6 Negara

Pakej West Europe 6 Negara Kembara Sufi adalah pilihan ideal bagi mereka yang ingin menikmati keindahan Eropah Barat sambil mencari ketenangan dalaman. Perjalanan merentasi enam negara ini disusun dengan santai, menggabungkan destinasi ikonik, pemandangan memukau dan pengisian rohani yang menenangkan jiwa. Setiap detik kembara memberi ruang untuk refleksi diri, rehat daripada kesibukan harian dan pengalaman travel yang lebih bermakna, menjadikan pakej ini sesuai untuk mereka yang mahu melancong dengan tujuan dan rasa.

Ringkasan

Mengenai Pakej

  • Tiket Penerbangan Pergi & Balik
  • Bagasi 22kg-30kg Pergi & Balik
  • Penginapan di Hotel 3/4 bintang
  • Bayaran masuk mengikut itinenary
  • Pengangkutan Exclusive peribadi
  • Makanan & Minum Halal (B&D)
  • Penjagaan waktu solat
Pakej West Europe 6 Negara Kembara Sufi adalah pilihan ideal bagi mereka yang ingin menikmati keindahan Eropah Barat sambil mencari ketenangan dalaman. Perjalanan merentasi enam negara ini disusun dengan santai, menggabungkan destinasi ikonik, pemandangan memukau dan pengisian rohani yang menenangkan jiwa. Setiap detik kembara memberi ruang untuk refleksi diri, rehat daripada kesibukan harian dan pengalaman travel yang lebih bermakna, menjadikan pakej ini sesuai untuk mereka yang mahu melancong dengan tujuan dan rasa.

Aturcara

Aturcara Perjalanan

Hari 1 HARI 1
Berkumpul di KLIA 1 jam 15:00 petang untuk penerbangan ke Paris pada jam 19:20 malam.
Hari 2 HARI 2
Tiba di Paris, peserta akan terus dibawa melawat sekitar bandar Paris atau dikenali sebagai “The City of Light and Love” . Kita akan melawat Eiffel Tower yang menjadi lambang kota Paris. Seterusnya, kita akan meneruskan lawatan ke Cathedral Notre Dame, sebuah gereja yang agak terkenal dengan sejarahnya yang pernah terbakar dahulu. Bergerak pulang untuk bermalam di hotel di Paris
Hari 3 HARI 3
Bergerak dari Calais (France) ke Dover (UK) menaiki ferry dan setelah tiba di London, kita akan singgah di Oxford Street (sekiranya berkesempatan) sebelum bergerak pulang untuk bermalam di Heathrow.
Hari 4 HARI 4
Tiba di London, kita akan memulakan lawatan Panoramic City Tour of London. Permulaan pelancongan akan mengetengahkan London Eye, Buckingham Palace, dan Tower Bridge. Setelah itu, sekiranya berkesempatan, kita akan singgah di Ashford Designer Outlet dan bergerak pulang untuk bermalam di Dover.
Hari 5 HARI 5
Peserta akan bergerak ke Port Dover kembali untuk menaiki ferry ke Calais. Meneruskan perjalanan ke Brussels untuk melawat salah satu mercu yang terkenal di ibu kota Eropah iaitu The Atomium. Bergerak ke bandar Brussels dan berpeluang merasai keenakan waffle dan coklat asli dari Belgium. Meneruskan perjalanan ke Amsterdam dan bermalam disana
Hari 6 HARI 6
Memulakan perjalanan ke Volendam, sebuah perkampungan nelayan yang cantik di Amsterdam. Seterusnya, kita akan bergerak ke salah satu mercu yang terkenal di Belanda iaitu kincir angin yang terletak di Zaanse Schans. Melawat Amsterdam City Centre dan meneruskan perjalanan ke Arnhem untuk bermalam disana.
Hari 7 HARI 7
Meneruskan perjalanan ke Koln, Germany dan akan melawat Koln Central Mosque. Seterusnya, bergerak ke Cologne Cathedral, sebuah gereja di Germany. Meneruskan perjalanan ke Mannheim dan bermalam disana.
Hari 8 HARI 8
Bertolak ke Lucerne untuk melawat Rhine Falls, air terjun terbesar di Eropah. Melawat jambatan pertama dan tertua, Chapel Bridge. Bergerak ke Zurich untuk bermalam di salah sebuah hotel disana.
Hari 9 HARI 9
Perjalanan akan dimulakan dengan menuju ke Engelberg untuk ke Mount Titlis. Disini, perserta perlu menaiki cable car untuk sampai ke puncak Mount Titlis. Setelah itu, kita akan bergerak ke bandar Lucerne sebelum meneruskan perjalanan ke hotel di Lucerne.
Hari 10 HARI 10
Melawat bandar Zurich sebelum bergerak ke Airport Zurich untuk penerbangan pulang ke Malaysia.
Hari 11 HARI 11
Tiba di KLIA.

Lampiran

Lampiran & Dokumen

Terma

Terma & Syarat

Maklumat lanjut sila layari : https://kembarasufi.com/terma/